My Add

Monday 11 February 2013

Gempar! Remaja pukat ikan pari 150kg, sebesar meja makan bulat

 *PENDUDUK Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh gempar apabila dua remaja kampung itu membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat dipasang mereka berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim (Tidal Gate) di Terusan Semerak petang ini. Lebar ikan pari itu ialah 1.8 meter dan panjang 3 meter. - UTUSAN/TOREK SULONG

Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH, ISNIN, 11 Februari, 2013: Pukat yang dipasang dua sahabat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak di sini berjaya memberikan mereka habuan seekor ikan pari batik seberat 150 kilogram.
 

 Dua sahabat tersebut, Mohamad Azri Azmi, 20, dan Nik Mohd. Anaz Nik Mansor, 17, yang memasang pukat itu petang semalam hanya menyedari hasil tangkapan mereka ketika menaikkannya pagi ini.

"Dengan sekuat tenaga, kami sedaya upaya menarik pukat yang dipasang sehingga kelihatan bentuk badan ikan pari besar tersangkut.

“Nasib kami baik dengan rezeki yang tidak diduga walaupun bot kami hampir tenggelam apabila ikan berkenaan menggelepar ketika cuba diangkat ke atas bot," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Datuk, dekat sini petang ini.

Mohammad Azri berkata, mereka berdua menggunakan pendekatan menarik pukat ke tebing sungai kerana tidak mahu ikan sebesar itu terlepas begitu sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment