My Add

Monday 18 February 2013

Golongan bekerja sendiri sertai 1MRS layak terima dividen 6.15 peratus

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Golongan bekerja sendiri disaran menyertai Skim Persaraan 1Malaysia (1MRS) bagi membolehkan mereka menikmati dividen 6.15 peratus seperti yang diterima pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Biro Ekonomi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, berkata skim itu diwujudkan demi masa depan individu bekerja sendiri seperti penjaja, petani, nelayan dan suri rumah.

"Skim ini memberi manfaat kepada kumpulan tersebut untuk membolehkan mereka menikmati kesenangan apabila sudah berusia lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mah berkata 1MRS, yang dilancar pada 2010 dan diselia KWSP, memerlukan penyumbang membayar hanya RM50 sebulan.

Katanya, melalui pelaburan berhemat dan bijak, KWSP mampu membayar dividen lebih tinggi daripada kebanyakan institusi kewangan di negara ini yang menawarkan kadar faedah purata 3 peratus bagi simpanan tetap mereka.

Kadar dividen sebanyak 6.15 peratus yang dibayar KWSP bagi 2012 seperti yang diumumkan semalam, mendapat pujian banyak pihak termasuk Gerakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment