My Add

Friday 8 February 2013

Guan Eng didesak segera mohon maaf
PULAU PINANG, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memohon maaf kepada seluruh masyarakat Tionghua berikutan bersikap biadab mahu orang ramai ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri memakai baju dengan warna tertentu sebagai simbolik menyokong pembangkang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, bukan budaya masyarakat Cina untuk melakukan perbuatan sekeji itu dan tindakan Guan Eng tersebut dilihat amat memalukan.

Menurutnya, perkara tersebut juga jelas menunjukkan pengetahuan Setiausaha Agung DAP itu yang cetek untuk membezakan di antara budaya dan politik.

"Saya minta Guan Eng memohon maaf kepada seluruh masyarakat Cina kerana ini bukan budaya kita.

"Kalau orang biasa, dia tidak akan suruh orang lain melakukan perkara sebegini. Ini perbuatan tidak bertamadun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment