My Add

Monday 11 February 2013

Guan Eng tak hadir majlis Tahun Baru Cina BN P Pinang

GEORGETOWN, ISNIN, 11 Februari, 2013: Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata beliau tidak dapat menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di sini kerana menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Lim berkata beliau perlu menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada 11 pagi bagi menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di rumah rakan baginda.

"Sebagai tuan rumah, saya perlu menjemput kedatangan Raja Permaisuri Agong ke Pulau Pinang. Saya sudah pun menyatakan ketidakhadiran saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin politik.

Najib akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment