My Add

Friday 15 February 2013

Identiti kumpulan dikenal pasti

KOTA KINABALU , KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kehadiran lebih 100 warga asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini kelmarin bukan kumpulan militan.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kehadiran mereka yang ingin dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina bertujuan menuntut supaya rakyat Sulu yang berada di negeri ini tidak dihantar pulang ke negara jiran itu.

“Mereka tidak mahu dilibatkan dengan mana-mana kumpulan militan, malah memberi jaminan akan meninggalkan negara ini dalam kadar segera setelah membuat perbincangan dengan pihak perunding negara menerusi saluran yang betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment