My Add

Saturday 16 February 2013

Ikan spesies paus ditemui

 *BEGINILh bentuk ikan yang dipercayai daripada spesis paus ditemui di perairan Teluk Sepanggar, dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.


KOTA KINABALU, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Beberapa penduduk penempatan atas air di Kampung Gentisan, Sepanggar dekat sini dikejutkan dengan penemuan seekor mamalia marin yang dipercayai spesies ikan paus, berenang lemah di perairan laut Teluk Sepanggar.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah hari itu, sekumpulan remaja menemui ikan tersebut berhampiran tebing batu di perairan tersebut.

Salah seorang remaja hanya dikenali sebagai Ikhwan, 18, berkata, dia bersama rakan sedang bersiar-siar di pesisiran pantai, sebelum terlihat kelibat satu objek berwarna hitam.

"Kami kemudiannya pergi mendekati dan mendapati objek itu berupa seakan-akan ikan paus atau ikan lumba-lumba. Kami juga dapati terdapat luka di bahagian atas badan serta muncungnya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, haiwan itu kembali ke laut," katanya yang ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment