My Add

Friday 22 February 2013

Individu kaya di Malaysia meningkat 68,000 pada 2015

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak AS$140 bilion hingga AS$330 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau juga berkata, negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan saja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.

Ahmad Husni berkata, industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, katanya pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013 hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.

Mengulas satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata, Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.

"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.

"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," katanya sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment