My Add

Friday 8 February 2013

Industri sawit mampu lepasi RM80 bilion

Oleh Fazrina Ayu Raduian


*SEORANG pekerja memungut buah kelapa sawit sebelum dibawa ke kilang pemerosesan. - Reuters

PETALING JAYA, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Eksport minyak sawit mampu melepasi RM80.41 bilion yang dicatatkan pada tahun 2011.

Nilai eksport yang tinggi itu diunjurkan catat dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang berikutan permintaan yang kian meningkat.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengubah industri minyak sawit negara yang kini 80 peratus daripada eksport adalah daripada minyak sawit manakala selebihnya dijana oleh biojisim.

"Kerajaan bercadang untuk meningkatkan sumbangan biomas sekurang-kurangnya 40 peratus bagi tiga hingga lima tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara KUB Agro Holdings Sdn. Bhd. dan Antero Capital Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment