My Add

Wednesday 13 February 2013

'Ingin dapat stamina, terpengaruh dengan artis barat'

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Feruari, 2013: "Ingin mendapatkan stamina dan keyakinan semasa membuat persembahan." Itu antara alasan diberikan beberapa artis yang ditangkap semasa disoal siasat polis.

Timbalan Pengarah III (Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin berkata, kebanyakan artis yang ditangkap juga didapati menggunakan sendiri dadah yang dibeli dan tidak ramai yang terlibat dalam aktiviti pengedaran.

"Berdasarkan pengakuan artis yang mempunyai rekod dadah, mereka mendakwa terjerumus dalam aktiviti penagihan kerana beranggapan ia trend penghibur terutama artis barat.

"Ada artis mendakwa mereka tidak mempunyai jadual kerja tetap. Jadi, masa terluang yang panjang dipenuhi dengan aktiviti tidak sihat termasuk mengambil dadah atas dorongan rakan-rakan tetapi mereka boleh melupakan dadah jika sibuk bekerja," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment