My Add

Monday 18 February 2013

Isteri PM lancar Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia

Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, ISNIN, 18 Februari, 2013: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia bagi memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Beliau berkata, tabung yang menyasarkan kutipan dana sebanyak mungkin itu akan membantu kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai bentuk musibah seperti peperangan, bencana alam, kebuluran dan kemiskinan.

"Saya berharap badan-badan korporat dan individu agar tampil menghulurkan sumbangan bagi tabung itu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment