My Add

Monday 18 February 2013

Jaminan KDN: Usir tentera Sulu dengan selamat

KLUANG, AHAD, 17 Februari, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan proses pengusiran kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu akan dilakukan dengan selamat.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses pengusiran itu akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku di antara pihak berkuasa dengan kumpulan tersebut.

Menurutnya, kumpulan bersenjata tersebut bukan daripada kalangan pengganas, militan atau penjenayah tetapi dipercayai sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu yang ingin melakukan perbincangan tertentu.

Oleh itu, tidak wujud isu mengenai keselamatan telah digadaikan kerana kerajaan sangat komited menjaga keselamatan negara dan masyarakat termasuk rakyat Sabah, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment