My Add

Tuesday 12 February 2013


Jangan berlagak 'hero'

BATU PAHAT, ISNIN, 11 Februari, 2013: Pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini menasihatkan pakatan pembangkang supaya menyelesaikan isu di negeri masing-masing dahulu daripada sibuk menipu rakyat bahawa Johor akan bankrap dalam tempoh dua tahun dan isu tanah di Pengerang.

Malah kehadiran pemimpin pakatan pembangkang di negeri ini bagi membincangkan isu tanah melalui forum yang diatur Parti Keadilan Rayat (PKR) dilihat sebagai usaha untuk menjadi 'hero' tatkala Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sepatutnya berasa malu untuk mengkritik negeri dibawah kerajaan BN apabila mereka gagal menyelesaikan masalah melibat rakyat di negeri masing-masing.

"Di Selangor, semua orang tahu, kerajaan negeri gagal menunaikan manifesto untuk memberi elaun kepada ibu tunggal dan air bersih percuma sehingga mereka di saman oleh lebih 5,000 rakyat sendiri." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment