My Add

Thursday 14 February 2013

Jangan pilih pemimpin yang tidak tunai janji: Najib

BEAUFORT, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Rakyat tidak boleh memilih individu yang ketika berkuasa tidak pernah menunaikan janji tetapi apabila hilang kuasa bijak menjaja janji, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, rakyat juga tidak boleh memilih pemimpin yang menganggap dirinya lebih utama daripada parti pada pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Tiada sesiapa pun yang berhak menyatakan dirinya lebih besar daripada parti kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tapi parti kekal untuk terus membela nasib rakyat," katanya berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri kira-kira 50,000 orang di padang pekan Beaufort, di sini sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment