My Add

Friday 22 February 2013

Jangan terpedaya ada pihak minta bayaran untuk hantar permohonan BL1M

KUCHING, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Pemohon Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di negeri ini diingat supaya tidak terjebak dengan taktik sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran tertentu bagi membolehkan permohonan mereka dihantar dan diproses, kata Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof.

Belia JUMAAT, 22 Februari, 2013,u berkata sebelum ini sudah ada laporan di Semenanjung Malaysia berhubung pihak tertentu meminta bayaran perkhidmatan daripada pemohon BL1M yang ingin mengemukakan permohonan mereka.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di sini hari ini, Fadillah berkata bayaran yang perlu dibuat pemohon BL1M hanyalah sebanyak RM199 dalam bentuk wang pos atas nama syarikat MYEG Services Berhad.

Beliau berkata Pergerakan Pemuda BN Sarawak, menerusi komponen di negeri ini iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), diamanah untuk membantu pemohon BL1M mengemukakan permohonan mereka.

"Kita sudah diamanahkan untuk membantu, dan kita tidak mengenakan apa-apa bayaran," katanya.

Fadillah, yang juga Ketua Pemuda PBB dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pemohon BL1M di negeri ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui pejabat anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sarawak BN di kawasan masing-masing.

Selain itu, permohonan ini boleh dikemukakan di pejabat MYEG Services Berhad di bandar berdekatan.
Pada 31 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan BL1M khusus untuk membantu memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal dengan kadar lebih murah.

Melalui bantuan itu, mereka boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa iaitu lebih daripada RM350. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment