My Add

Wednesday 13 February 2013

Judi Pasar Malam tumpas, 13 lelaki ditahan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, RABU, 13 Februari, 2013: Polis percaya telah menumpaskan aktiviti perjudian yang membabitkan nilai pertaruhan ratusan ribu ringgit selepas memberkas penganjurnya bersama 12 lelaki lelaki dalam serbuan `Ops Limau' di ladang kelapa sawit di Ijok, Kuala Selangor dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis turut merampas wang tunai RM21,200 serta peralatan yang digunakan untuk berjudi iaitu 144 keping kad pelbagai nilai, 314 keping cip, 15 biji dadu, dua piring kecil dan sebiji mangkuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, lokasi perjudian yang diserbu merupakan sebuah khemah besar yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan besar dan laluan masuknya dikawal oleh beberapa lelaki.

Beliau berkata, siasatan pihaknya juga percaya aktiviti perjudian itu telah berlangsung di ladang kelapa sawit itu sejak sebulan lalu dan ketika serbuan terdapat lebih 20 orang lelaki sedang leka bermain judi yang dinamakan `Judi Pasar Malam'.

"Bagaimanapun hanya 13 orang termasuk penganjur perjudian berjaya diberkas dan yang lain dapat meloloskan diri,'' kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment