Kadir Sheikh Fadzir fail permohonan, arah ROS daftar Parti Ikatan
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah bagi mengarahkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendaftarkan parti baharunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kesavan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Menurut afidavit sokongan yang difailkan, Abdul Kadir menyatakan, pihaknya telah menyerahkan borang pendaftaran Parti Ikatan pada 6 Jun tahun lalu dan akuan penerimaan permohonan oleh ROS diterima pada 17 Disember tahun sama.
Bagaimanapun, beliau selaku pemohon mendakwa selepas hampir tiga bulan, pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan daripada ROS yang dinamakan sebagai pihak responden berhubung permohonan pendaftaran parti itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment