My Add

Friday 22 February 2013

Kajian kebolehlaksanaan khidmat tren berkelajuan tinggi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi Fasa 1B perkhidmatan tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura hampir siap.

Menurut suruhanjaya berkenaan, kajian itu menilai daya maju projek besar itu dari perspektif teknikal dan kewangan.

Kajian itu juga melihat ekonomi projek, struktur pembiayaan pilihan dan menilai impak sosioekonomi yang lebih luas dan laluan pembangunan yang berpotensi, kata SPAD semalam.

Kajian ini juga melihat kepada menentukan penjajaran yang boleh dilaksanakan secara teknikal dan boleh memberikan hasil yang optimum, kata SPAD, yang dilantik oleh kerajaan sebagai agensi utama bagi projek kereta api kelajuan tinggi itu, dalam satu kenyataan.

Menurut agensi itu, ia juga menjalankan penyelidikan pasaran utama untuk menilai potensi hasil projek di samping kepada kos dari mula berdasarkan reka bentuk awal, menentukan struktur dana pilihan dan juga menilai impak projek rel kelajuan tinggi terhadap kaedah pengangkutan yang lain.

"Ia juga menilai kesan tahap faedah sosioekonomi yang lebih luas," katanya.

Projek mega itu dijangka menawarkan dua jenis perkhidmatan iaitu ekspres dan transit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment