My Add

Thursday 14 February 2013

Kalimah Allah: 1,000 akan sertai Gerak Himpun

Oleh NORAZLINA ISMAIL

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Satu lagi perhimpunan bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam akan dianjurkan pada 23 Februari ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Warisan Malaysia dan diadakan di pekarangan Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kepala Batas.

"Perhimpunan dinamakan Gerak Himpun ini bertujuan menjelaskan kepada orang ramai mengenai isu kalimah Allah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam.

"Kita anggarkan lebih 1,000 orang akan turut sama berhimpun bermula pukul 7 malam itu. Ia akan dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat, qasidah dan ucapan tuan guru Abdullah Sama'ah An Najmie dari Pondok Geting, Kelantan yang akan menghuraikan prinsip sebenar dalam hal kalimah Allah."

Demikian kenyataan Setiausaha kelab itu, Mohd. Nor Suhaili Jamadi pada sidang akhbar Gerak Himpun Keranamu Kalimah Allah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment