My Add

Monday 18 February 2013

Karpal sepatutnya jadi Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Februari, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang kerana tindakannya yang gemar mencampuri urusan politik dalaman Pas.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berkata, Karpal dilihat terlalu berkuasa dalam pakatan pembangkang kerana berulang kali mencampuri urusan Pas walaupun telah diberi amaran oleh pemimpin Pas.

"Belum menawan Putrajaya lagi, Karpal sudah lantang mengarahkan Pas. Kalau sudah berkuasa Pas hanya akan dipermainkan oleh DAP dan hanya mengikut telunjuk.

"Sehubungan itu, Pas perlu menamatkan kerjasama dengan DAP iaitu dalam erti kata lain keluar daripada pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail Mina berkata, Pas terlalu berlembut dengan DAP sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati ahli akar umbi apabila Karpal dilihat bukan sahaja cuba mempengaruhi urusan politik parti itu tetapi membabitkan agama Islam terutama berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment