My Add

Friday 15 February 2013

Karpal Singh lebih berkuasa?

PULAU PINANG, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Masyarakat Cina di negeri ini diminta buka mata dan menilai sendiri sama ada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng layak mentadbir serta memimpin mereka.

Ahli Majlis Peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata, meskipun Guan Eng menyandang jawatan Ketua Menteri serta diberi gelaran tokong, kuasa politik sebenarnya dipegang oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Menurutnya, Karpal mempunyai pengaruh akar umbi yang kukuh berikutan pembabitannya selama lebih 40 tahun dalam parti berbanding Guan Eng yang 'diimport' dari Melaka setelah menerima jemputan daripada Karpal untuk bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum 2008.

"Kuasa (politik) sebenar di Pulau Pinang dipegang oleh Karpal, bukannya Guan Eng yang tidak mempunyai pengaruh akar umbi langsung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment