My Add

Friday 8 February 2013

Karpal Singh paling berkuasa

MARANG, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Kontroversi pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa jelas memberi gambaran bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh paling berkuasa dan amat berpengaruh dalam pakatan pembangkang untuk membuat sesuatu keputusan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau percaya sekiranya ada desakan daripada Karpal agar Nasharudin dipecat keahliannya dalam Pas, kepimpinan parti itu tetap akan akur dengan arahan itu.

Beliau memberitahu, segala keputusan yang dibuat Pas menunjukkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu pasti akan tunduk kepada DAP atau parti sekutu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kalau DAP minta Nasharudin dipecat (keahlian), dia akan dipecat dan Pas tak akan buat keputusan sendiri. Bagi saya, semuanya arahan DAP dan PKR. Kalau DAP atau PKR kata, pecat saja (keahlian) Nasharudin, esok dia (Pas) akan pecat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment