My Add

Friday 15 February 2013

Kedah berisiko muflis?

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kedah berisiko muflis jika Kerajaan Pas Kedah gagal mengurangkan beban hutang mencecah RM3 bilion iaitu yang tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Kerajaan Pas Kedah perlu berterus terang tentang status kewangan negeri itu yang didakwa berpunca daripada kegagalan mereka mengurus tadbir negeri sehingga hutang meningkat sebanyak 50 peratus.

Katanya, kerajaan negeri itu bakal menanggung hutang besar iaitu hutang awam sebanyak RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sebanyak RM330 juta.

"Hutang Kuin ini perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun. Ditambah pula dengan bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment