My Add

Friday 15 February 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang berniat jahat?

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan berniat jahat apabila cuba menghalang pembangunan projek rumah kos rendah di negeri ini dengan meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah bagi pembinaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata, pembangunan projek Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya tidak terkecuali apabila kerajaan negeri meletakkan syarat keterlaluan kepada JKP Sdn. Bhd. (JKP) yang mahu membangunkan 703 unit bangunan bercampur di atas tanah seluas 5.26 hektar yang dibeli sendiri JKP daripada pihak swasta.

“Lebih RM12 juta telah dibelanjakan bagi tujuan pembelian tanah dan pembayaran pampasan, tetapi akhirnya kerajaan negeri meletakkan syarat mahu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan 400 unit rumah kos rendah didirikan.

"EIA biasanya untuk projek berkeluasan lebih daripada 20.23 hektar. Projek ini luasnya 5.26 hektar pun diminta EIA, sudahlah mereka sendiri tidak membina rumah kos rendah, bila orang hendak buat diletakkan pula pelbagai syarat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment