My Add

Saturday 23 February 2013

Kerajaan peruntukkan RM11 juta program pembangunan di Tenom

TENOM, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Kerajaan memperuntukkan RM11 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di daerah ini.

Mengumumkannya di sini, sebentar tadi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia merangkumi pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Chung Hwa Tenom dan menaik taraf jalan kampung DUN Kemabong.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan membina sekolah menengah vokasional dan membaik pulih serta menaik taraf sekolah dalam daerah ini. - BH


No comments:

Post a Comment