My Add

Thursday 21 February 2013

Kerajaan PKR Selangor utamakan projek mewah

SHAH ALAM, RABU, 20 Februari, 2013: Rakyat negeri ini harus membuat keputusan sama ada mahu terus memilih kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengabaikan tanggungjawab menyediakan perumahan untuk rakyat, pendidikan dan infrastruktur atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri Selangor sekarang dilihat memberikan penekanan pada projek perumahan mewah sehingga menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak memberi fokus terhadap pembinaan rumah mampu milik.

“Hari ini PKNS telah jauh daripada matlamat asal penubuhannya, kalau fenomena pembangunan projek mewah di Datum Jelatek boleh berlaku, tidak mustahil di Padang Jawa yang merupakan kawasan tanah utama akan menerima nasib sama," katanya dalam Program Debat Rakyat antara beliau dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin di Padang Jawa di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment