My Add

Thursday 21 February 2013

Kerajaan untung RM35.8 juta hasil penstrukturan semula tol

KUALA LIPIS, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Penstrukturan semula kutipan tol menerusi konsep perkongsian keuntungan antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya memberikan pulangan lumayan kepada kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata kesan penstrukturan itu kerajaan buat pertama kalinya mendapat keuntungan RM35.8 juta menerusi hasil kutipan tol pada tahun lepas.

Katanya, sebelum ini kerajaan mendapat keuntungan tetapi secara lazimnya ia dipulangkan semula kepada syarikat konsesi berkenaan sebagai bayaran pampasan.

"Penstrukturan semula tol lebuh raya ini menguntungkan pengguna dan kerajaan, selain tol tidak dinaikkan, kerajaan juga tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat pengendali lebuh raya.

"Menerusi kaedah memang-menang ini kedua-dua pihak mendapat keuntungan dan ia tidak menjejaskan keuntungan syarikat konsesi lebuhraya tersebut," katanya kepada pemberita semasa melawat projek pembinaan Central Spine Road (CSR) di Merapoh dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Negeri Datuk Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment