My Add

Friday 8 February 2013

Kerjasama dengan DAP rugikan Pas

LUMUT, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Gesaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya Pas keluar daripada pakatan pembangkang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pemimpin parti itu kerana muafakat politik atau tahaluf siyasi terutama dengan DAP tidak pernah menguntungkan mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Pas tentunya sedar bahawa kerjasama politik dengan DAP selama ini terlalu sukar dan satu kesilapan politik tetapi pemimpin parti itu tetap enggan mengakuinya.

“Konsep tahaluf siyasi antara mereka bukan pertama kali tetapi pernah dilakukan melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan siri percubaan dibuat sebelum ini semuanya sentiasa gagal.

“Namun, Pas tidak pernah belajar walaupun seringkali berlaku kesilapan berbanding hendak bekerjasama dengan UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina dan baucar tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2.0 di Arena Pangkor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment