My Add

Tuesday 19 February 2013

KLK beli ladang bijirin di Australia

SYDNEY, ISNIN, 18 Februari, 2013: Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) secara senyap-senyap membeli sebuah ladang bijirin di Barat Australia selepas syarikat tersebut mengalami penyusutan keuntungan apabila harga kelapa sawit merosot dan peningkatan harga upah di Indonesia.

KLK berhasrat untuk melabur di satu kawasan luas di Dandaragan, 161 kilometer di utara Perth, kata, Pengarah Pembrokeran Hartanah, VNW Independent, Simon Wilding.

Wilding mengunjurkan urusniaga oleh anak syarikat KLK di Australia, KLK Farms Pty. Ltd. bakal dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu lagi, sambil menambah syarikat tersebut telah membeli beberapa tanah di negara pengeluar bijirin terbesar itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut dokumen syarikat dan ejen pelaburan, secara keseluruhannya, KLK t - UTUSANelah memiliki satu kawasan seluas 26,000 hektar di Australia atau bersaiz tiga kali ganda Manhattan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment