My Add

Tuesday 19 February 2013

Konsert kedua Hafiz Hamidun di JB Sabtu ini

 HAFIZ HAMIDUN

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 FebRUARI, 2013: Penyanyi lagu-lagu nasyid, Hafiz Hamidun menyasarkan 5,000 peminat akan menyaksikan konsert solo keduanya, Zikir Terapi Diri di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 23 Februari ini dari pukul 8 malam hingga 10 malam.

Menurut Hafiz, itu adalah Konsert Zikir Terapi Diri keduanya selepas ia diadakan di Dewan Perdana Felda di sini pada 14 November tahun lalu yang berjaya menarik 2,000 penonton selama hampir dua jam dengan jualan tiket berharga RM50 dan RM125.

"Bezanya konsert kali ini mengenakan tiket berharga RM38, RM78, RM118 dan RM158. Kapasiti Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru itu pula mampu menampung 7,000 penonton yang mana dijangkakan ramai peminat dari Singapura akan datang," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment