My Add

Friday 8 February 2013

Kontroversi tidak gugat sokongan pengundi

*IBRAHIM Ali (tengah) bersama warga emas Tionghua selepas menyampaikan angpau kepada mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Kontroversi yang melanda Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ekoran kenyataan berhubung isu membakar Bible di Pulau Pinang baru-baru ini ternyata tidak menggugat sokongan masyarakat Tionghua dan Siam yang lebih mengenali peribadi sebenar pemimpin itu.

Beberapa penduduk Kampung Gedung Cina di sini yang ditemui sebaliknya menganggap pelbagai tuduhan dilemparkan tersebut hanyalah persepsi masyarakat luar ekoran ketegasan Ibrahim dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

Wee Hong Tap, 74, berkata, dia sangat mengenali keluarga pemimpin itu yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada masyarakat Cina di kawasan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment