My Add

Tuesday 12 February 2013

Korea Utara dikutuk kerana adakan ujian nuklear

SEOUL, SELASA, 12 Februari, 2013: Korea Utara hari ini mengesahkan kejayaan mengadakan ujian nuklear di bawah tanah, tindakan yang menerima kutukan dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agensi berita Korean Central News Agency melaporkan, ujian nuklear ketiga Korea Utara berjaya diadakan.

"Ujian nukelar itu merupakan sebahagian daripada pendekatan melindungi keselamatan dan kedaulatan negara terhadap sifat permusuhan ditunjukkan oleh Amerika Syarikat (AS) yang melanggar hak negara ini untuk melancarkan satelit,’" lapor KCNA.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengutuk ujian tersebut dan menyatakan tindakan itu jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB. - AFP/REUTERS

No comments:

Post a Comment