My Add

Monday 11 February 2013

Kos murah punca pelacuran menular di premis kediaman

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Februari, 2013: Operasi dan risikan polis menunjukkan kos sewaan murah premis kediaman antara faktor ia dijadikan sarang pelacuran warga asing selain turut berfungsi sebagai tempat tinggal mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dengan hanya membayar kos sewa rumah minimum kira-kira RM1,000 sebulan, sindiket mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda ditambah lagi dengan sewa harian yang perlu dibayar pelacur sebagai syarat mendiami rumah berkenaan.

"Kegiatan dijalankan di premis kediaman lebih murah berbanding premis-premis rumah kedai yang menelan kos sewa bulanan dari RM2,000 dan keatas dan kebiasaannya rumah jenis banglo, teres dan kondominium menjadi sarang baru dalam masa yang sama untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Pelacur-pelacur ini juga perlu membayar sewa harian kira-kira RM50 memandangkan mereka menetap di rumah terbabit dan bayangkan kalau sesebuah rumah itu ada lima hingga 10 orang," katanya.

Katanya, kebiasaan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur di rumah kediaman seperti ini adalah mereka yang merupakan pelanggan tetap dan mengetahui kod-kod keselamatan sebelum memasuki premis.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment