My Add

Thursday 21 February 2013

Krisis terbaru Pas Kedah

 *SEORANG ahli Pas (empat dari kanan) yang hadir untuk berdemonstrasi secara aman terhadap kelemahan pentadbiran Menteri Besar memarahi wartawan dan jurugambar dengan mengarahkan mereka meninggalkan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR, RABU, 20 Februari, 2013: Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhadapan dengan satu lagi krisis apabila 11 daripada 15 Pas kawasan di Kedah dikatakan mahu beliau melepaskan jawatan termasuk sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

Desakan itu dibuat kerana mereka mendakwa Azizan gagal menyelesaikan pelbagai isu di peringkat negeri dan parti sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli akar umbi Pas.

Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat pada 12 Mac tahun lalu bagi menyelesaikan krisis kepimpinan Pas Kedah apabila dua Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan dilantik semula, juga didakwa tidak berfungsi sebagaimana diharapkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment