My Add

Saturday 16 February 2013

Kritikan negatif bukan pandangan majoriti rakyat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin kritikan serta tohmahan negatif terhadap badan itu oleh kumpulan minoriti yang vokal dan agresif tidak mewakili pandangan keseluruhan rakyat Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, perbuatan kumpulan minoriti itu dilihat dominan kerana kekerapan dan konsistensi mereka melontarkan tohmahan serta kritikan.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak SPR akan terus menjadi sasaran pihak terbabit kerana kumpulan minoriti itu menganggap keputusan pilihan raya dikeluarkan suruhanjaya berkenaan.

"Parti-parti politik yang bertanding belum pasti menang atau kalah. Sebab itu mereka menimbulkan pelbagai persepsi supaya para pengundi berasa ragu-ragu terhadap SPR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam majlis Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment