My Add

Sunday 17 February 2013

Kumpulan bersenjata bersetuju berundur dari negara ini

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LAHAD DATU, AHAD, 17 Februari, 2013: Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu yang berada di Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum mereka berundur.

"Ada perkara di dalam jangkaan kita dan ada tiada tetapi usaha telah dijalankan sehingga kini untuk mereka diusir pulang. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment