My Add

Friday 22 February 2013

Lapan artis saman Seniman, bekas Presiden

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Lapan artis telah memfailkan saman terhadap Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) termasuk bekas Presidennya, Harun Salim Bachik dan enam yang lain untuk menuntut pengisytiharan antaranya mesyuarat agung persatuan tersebut kali ke-14 pada 26 Mei tahun lalu, sebagai terbatal dan tidak sah.

Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Roslinda Buang, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd. Tap, Jamaliah Mohd. Dahan dan Azizah Ab. Aziz memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu melalui firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi.

Saman itu atas dakwaan berlaku penipuan minit mesyuarat agung tersebut dan mempertikaikan pengendalian mesyuarat selain mendakwa berlaku penipuan.

Selain Seniman dan Harun Salim Bachik, kesemua mereka selaku pihak plaintif turut menamakan Omar Kamarudin @ Yusof Kelana, Wafa A. Kadir, Rozaidi Abdul Jamil lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab sebagai defendan pertama sehingga kelapan.

Pihak plaintif turut menuntut agar RM56,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh satu bulan dan menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya untuk dibayar oleh defendan kedua hingga kelapan.

Peguam Muhd. Azmi Talib yang mewakili pihak plaintif memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan 1 Mac ini untuk pihak defendan memfaikan penyataan pembelaan masing-masing.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes buat kali pertama hari ini di kamar beliau. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment