My Add

Saturday 16 February 2013

Lebih 10,000 sertai Perhimpunan Gelombang Merah

KOTA BHARU, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Lebih 10,000 orang menyertai Perhimpunan Gelombang Merah yang diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Dengan berpakaian serba merah, pelbagai lapisan rakyat yang berkumpul itu dengan penuh semangat melaungkan slogan 'Tukar' sebagai isyarat untuk menukar kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Perhimpunan besar-besaran itu disertai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ; timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan pemimpin-pemimpin setempat yang lain.

Yang turut serta, Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Kamarudin Kasim; Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment