My Add

Sunday 10 February 2013

Lebih 400 petugas media PP makan malam bersama Najib

 *NAJIB bersama media Pulau Pinang di Hotel G, malam ini
. - Foto Rosli Ahmad
 *NAJIB berbual dengan Pengerusi BN Pulau Pinang,Teng
Chang Yeow. - Foto Effendy Rashid
*NAJIB bersama petugas media Pulau Pinang - Foto
Michael On
 *NAJIB bersama petugas media Pulau Pinang yang hadir.
- Foto Syarafiq Abd Samad
*BERSALAM dengan hadirin
 *SEBELUM majlis bersurai
GEORGETOWN, AHAD, 10 Februari, 2013: Lebih 400 petugas media di Pulau Pinang menghadiri majlis Malam Media Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebuah hotel terkemuka di Persiaran Gurney, sebentar tadi.

Terdahulu, Najib bersama-sama 16 pengarang dan ketua biro akhbar berpusat di sini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Najib membuat kejutan apabila beredar dari meja untuk berbaris bersama-sama tetamu bagi mengambil makanan dan berjenaka dengan wartawan serta jurugambar di situ.

Tetamu yang hadir gembira kerana jarang beroleh peluang untuk makan malam bersama pemimpin tertinggi negara sebelum ini.- BH

No comments:

Post a Comment