My Add

Thursday 14 February 2013

Lebih 50,000 penduduk sambut Najib di Beaufort

 *NAJIB tiba di padang pekan Beaufort, pagi ini, pada Majlis Pemimpin
 Bersama Rakyat. - Foto NSTP/Khairull Azry Bidin

 
BEAUFORT, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Razak tiba di padang pekan Beaufort di sini, pagi ini, pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba jam 9.45 pagi.

Program di sini adalah sebahagian daripada sesi lawatan Perdana Menteri di Sabah, selain bakal menghadiri program yang sama di Papar pada tengah hari ini dan di Tuaran pada sebelah petang.

Kehadiran Perdana Menteri disambut pemimpin Barisan Nasional Sabah dan kira-kira 50,000 anggota masyarakat dari daerah ini, Sipitang dan Tenom. - BH

No comments:

Post a Comment