My Add

Monday 11 February 2013

Lihat wajah sebenar DAP - Cho Ha

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

LUMUT, AHAD, 10 Februari, 2013: Orang Melayu terutamanya penyokong Pas perlu membuka mata terhadap wajah sebenar DAP ekoran pendedahan bekas Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu baru-baru ini.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dakwaan Jafrei Nordin, 41, bahawa bekas majikannya mempunyai pandangan keterlaluan terhadap beberapa pemimpin Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sesuatu yang menghairankan kerana semenangnya sudah dijangka.

Menurut beliau, MCA sendiri sebelum ini sudah banyak kali mendedahkan sikap DAP dan menasihati pemimpin-pemimpin Pas agar tidak terus menjalinkan kerjasama dengan parti itu, namun tidak diendahkan.

"Sekarang terbukti apa jenis pakatan seperti itu. Belum pilihan raya sudah mahu tikam belakang. Pas macam tidak serik-serik kerana MCA sudah lama memberitahu pakatan hanya 'marriage of convenience' (perkahwinan kontrak untuk tujuan selain hubungan, kekeluargaan atau cinta). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment