My Add

Saturday 16 February 2013

LKIM perlu kawal dominasi peraih

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) digesa memainkan peranan proaktif dalam memastikan nelayan tidak terlalu bergantung kepada peraih swasta atau orang tengah dalam urusan jual beli hasil tangkapan mereka.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, LKIM perlu mengambil alih peranan yang dikuasai peraih bagi memastikan kepentingan golongan nelayan terjaga.

Menurut beliau, golongan peraih atau orang tengah kini menjadi dominan dalam kehidupan nelayan, malah mereka turut menjadi penentu kepada harga ikan di pasaran.

Katanya, peranan peraih dan orang tengah begitu besar dalam kehidupan nelayan sehinggakan mereka turut menawarkan pinjaman kewangan kepada nelayan yang mengalami kesempitan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment