My Add

Monday 11 February 2013

 Najib luang masa sejam tinjauan mesra di Persiaran Gurney

 *NAJIB ketika membuat tinjauan mesra di Persiaran Gurney
 di sini, malam ini. - Foto NSTP/Syarafiq Abd Samad


 
GEORGETOWN, AHAD, 10 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluangkan masa kira-kira satu jam melakukan tinjauan mesra di Persiaran Gurney, di sini, malam tadi.

Beliau yang berjalan kira-kira 500 meter menyusuri pesisiran pantai Gurney turut menemui orang ramai yang sedang berehat di tepi laut serta bermain bunga api sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Orang ramai yang kelihatan teruja dengan kehadiran Najib mengambil kesempatan bergambar dan bersalam dengannya dan rombongan.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian ke pusat penjaja Anjung Gurney untuk menikmati pelbagai makanan istimewa Pulau Pinang seperti laksa, pasembor, yong tau fu dan sotong bakar.

Beliau yang kelihatan cukup gembira menikmati makanan yang disediakan kemudian beredar untuk ke Majlis Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling. - BH

No comments:

Post a Comment