My Add

Sunday 17 February 2013

Malaysia mampu capai status negara maju menjelang 2018

TASIK GELUGOR, AHAF, 17 Februari, 2013: Malaysia mampu mencapai status negara maju lebih awal iaitu menjelang 2018 hasil prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata Malaysia mampu mencapai status negara maju dua tahun lebih awal daripada tahun 2020, sekiranya ujuran kadar pertumbuhan ekonomi negara kekal mencapai 5.3 peratus hingga 5.5 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Beliau berkata, untuk menuju negara maju negara perlu mencapai kadar pendapatan mencapai AS$15,000 per kapita setahun.

"Ketika ini Malaysia mencapai kadar pendapatan AS$9,000 perkapita setahun dan nilai itu tidak jauh daripada sasaran pendapatan AS$15,000 untuk memacu negara muncul sebagai negara maju," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pakatan Nelayan Sungai Pengkalan Machang di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment