My Add

Monday 11 February 2013

Manifesto Barisan Nasional Kedah turut tekankan alam sekitar

JERLUN, AHAD, 10 Februari, 2013: Pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan hasil hutan secara lestari antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya akan mengetengahkan pendekatan lain dalam usaha membangunkan ekonomi negeri tanpa terlalu bergantung kepada hasil balak jika berjaya menawan semula pentadbiran negeri daripada pakatan pembangkang.

"Percayalah soal pemuliharaan alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kandungan manifesto yang akan saya huraikan secara mendalam apabila tiba masanya nanti.

"Ada banyak lagi cara untuk kita tingkatkan pendapatan negeri dan pada masa sama memulihara alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kawasan Rukun Tetangga Batu 1 Jalan Sanglang di dewan kampung itu, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment