My Add

Friday 15 February 2013

Maritim Malaysia perlukan 30 kapal peronda baharu

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memerlukan 30 kapal peronda baharu bagi menggantikan kapal lama agensi itu yang berusia antara 30 dan 49 tahun.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, pihaknya kini mempunyai 242 aset terdiri daripada 81 buah kapal, bot (161 buah) dan pesawat udara (lapan buah).

“Daripada 81 kapal yang diberikan kepada kita oleh agensi terdahulu, lebih 30 daripadanya berusia antara 30 dan 49 tahun dan memerlukan kos senggaraan tinggi setiap tahun. Banyak kapal peronda kita yang tidak berfungsi," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia Kelapan di Pusat Latihan dan Akademik Maritim Malaysia (PLAMM), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment