My Add

Thursday 14 February 2013

Masyarakat India sudah bosan dengan DAP

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Februari, 2013: Masyarakat India khususnya penyokong tegar DAP pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu sudah bosan dengan tindak tanduk parti itu mempergunakan kaum tersebut semata-mata untuk meraih undi dan terus mengabaikan kebajikan mereka.

Bekas Ketua DAP Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, kaum India berasa dikhianati kerana DAP hanya memperjuang hak komuniti kaum itu ketika pilihan raya namun tidak mampu melakukan sebarang perubahan walaupun memiliki kuasa di peringkat negeri.

"Sehingga kini, apakah yang telah dilakukan oleh DAP? Berapa buah sekolah Tamil telah dibina oleh mereka? Berapa ramai pelajar yang telah ditaja untuk pendidikan percuma memandangkan kononnya mereka 'jaguh' dalam bercakap tentang isu tersebut.

"Sebagai contoh, ketika minta undi kami, DAP menggunakan isu kuil, kononnya jika diberi mandat untuk memerintah Selangor, mereka akan pastikan tidak ada sebuah kuil atau rumah ibadat dirobohkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment