My Add

Thursday 14 February 2013

Menteri Kebudayaan Mesir tarik balik peletakan jawatan

KAHERAH, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Menteri Kebudayaan Mesir, Mohammed Saber Arab menarik balik peletakan jawatannya dan menyambung semula tugasnya semalam.

Saber sebelum ini meletak jawatan sebagai bantahan terhadap keganasan pihak polis ke atas penunjuk perasaan, walaupun kerajaan menafikan alasan tersebut sebagai punca beliau berbuat demikian.

Saber dalam satu kenyataan berkata, beliau melepaskan jawatannya sebelum ini ekoran Kementerian Kebudayaan ‘berdepan dengan pelbagai kesukaran’ dan ‘suasana politik Mesir yang teruk’.

“Saya kembali bertugas selepas menerima nasihat daripada beberapa ahli cendekiawan," jelasnya. - AFP

No comments:

Post a Comment