My Add

Monday 11 February 2013

MIFF 2013 dijangka tarik benua Amerika

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Februari, 2013: Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2013 (MIFF 2013) di sini bulan depan, dijangka menarik lebih banyak pembeli dari pasaran negara sedang pesat membangun seperti Amerika Selatan dan Amerika Utara.

Pengerusi MIFF, Datuk Dr. Tan Chin Huat berkata, rantau itu merupakan pasaran besar dan sejak dua tiga tahun ini mereka tidak begitu aktif dalam industri perabot.

Satu lagi pasaran besar yang disasarkan MIFF ialah China.

"Kami menyasar membuka lebih banyak pasaran di China kerana kami melihat peluang di sana," katanya.

Sehingga Oktober 2012, Amerika Syarikat merupakan pengeksport terbesar perabot Malaysia dengan jumlah eksport bernilai RM2 bilion, diikuti Jepun sebanyak RM750 juta dan Australia RM500 juta.

Dr. Tan berkata, Malaysia juga mengimport perabot bernilai RM520 juta dari China, manakala eksportnya ke negara itu berjumlah RM52 juta.

MIFF 2013 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, bermula 5 Mac. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment