My Add

Thursday 21 February 2013

Minta kementerian patuhi persefahaman

KOTA BHARU, RABU, 20 Februari, 2013: Kerajaan Pas Kelantan mahu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mematuhi persefahaman yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum ini tentang pembinaan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan di Tanjung Chat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tapak kompleks itu adalah milik kerajaan negeri dan mereka memberikan kebenaran kepada kementerian menggunakan tanah itu atas persefahaman, justeru, kerajaan negeri juga berhak ke atas fasiliti tersebut.

Namun katanya, pihak kementerian sehingga ke saat ini tidak datang berjumpa kerajaan negeri untuk menandatangani persefahaman penggunaan bersama kompleks kebudayaan itu.

"Kita mahu memberikan ingatan kepada kementerian dan menterinya agar menghormati persefahaman sebelum ini. Tanah itu adalah tanah kerajaan negeri dan kita memberikan kebenaran untuk mereka menggunakannya untuk pembinaan kompleks. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment