My Add

Monday 18 February 2013

Muhyiddin rasmi Program Saringan Kesihatan PERKESO

PETALING JAYA, ISNIN, 18 Februari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Saringan Kesihatan PERKESO yang memberi pemeriksaan kesihatan percuma kepada pekerja berumur 40 tahun ke atas di Zon Perindustrian Bebas Sungei Way di sini.

Muhyiddin berkata, program itu bertujuan bagi mengenal pasti kumpulan berisiko menghidap penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung dan kencing manis.

Katanya, program itu akan memanfaatkan 1.9 juta pencarum membabitkan peruntukan RM200 juta tahun ini. - BH

No comments:

Post a Comment